Bacaan Alkitab: Imamat 21-27, Bilangan 1-3
Saya gemar menonton filem yang ada liku-liku yang tidak dapat diramalkan pengarah-pengarah yang genius menuntun kita langkah demi langkah ke dunia cerita dan mengaitkan kita dengan hasil yang tidak diduga. Untuk sebilangan filem, anda mungkin tidak memahami pengakhirannya kecuali anda menontonnya belasan kali. Beberapa adegan hanya akan masuk akal jika anda mempertimbangkan kesimpulannya.
Tuhan adalah seperti seorang pengarah genius, memimpin kita dalam kisah hidup kita secara misteri. Rancangan Tuhan terlalu mendalam untuk manusia fahami. Ahli teologi mengatakan bahawa Tuhan “tidak dapat dimengerti”. Ini tidak bererti bahawa manusia sama sekali tidak dapat mengenal Tuhan. Tuhan memang telah menyatakan diri-Nya kepada manusia dan mengharapkan mereka untuk mengenal Dia (Roma 1:19). Sebaliknya, ini berbicara tentang manusia yang terbatas yang tidak dapat memahami dengan sepenuhnya Tuhan yang tidak terbatas.
Tuhan itu misteri dalam pengetahuan, hikmat, dan penilaian-Nya melampaui
pemahaman manusia (Maz. 139; 147; Roma 11:33-36). Tuhan tidak hanya melakukan hal- hal yang tidak terduga, Dia juga melakukan hal-hal dengan lebih baik daripada apa yang diharapkan oleh manusia (Yes 55:9). Ketika kita membaca tentang perayaan-perayaan yang dicatat dalam Imamat dan peranan orang Lewi dalam Bilangan, semuanya itu kelihatan seperti maklumat biasa bagi kita.
Sebenarnya, semua itu menjadi latar belakang pelayanan dan peranan imam Yesus Kristus. Dengan kagumnya, Tuhan membuat segala sesuatu bekerjasama untuk mendatangkan kebaikan bagi orang-orang yang mengasihi Dia (Roma 8:28).
Kisah hidup kita ada dalam tangan Tuhan yang Maha Bijaksana. Ketika kita bertumbuh dalam kedewasaan rohani, kita terus bertumbuh dalam pengetahuan tentang Dia (Kol. 1:10). Kita mungkin menghadapi masalah yang tidak masuk akal. Namun, Tuhan dengan cara-Nya yang misteri akan mengungkapkan rancangan dan tujuan-Nya dalam hidup kita. Jadi percayalah kepada Tuhan, kerana Dia telah menjadikan segala sesuatu indah pada waktunya (Pgkh. 3:11).
Rev Dr Victor Lee, NECF
Comments