top of page

Tuhan Itu Pengasih Dan Penyayang


Pemazmur menceritakan tentang kebaikan Tuhan yang sangat besar didalam hidupnya, dimana kasih-Nya terhadap semua orang tidak pernah ada kesudahannya dan kebaikan-Nya juga tidak pernah berubah sehingga hari ini. Itulah sebabnya Dia tetap kekal kaya didalam memberikan kasih setia-Nya kepada umat-Nya.


Oleh itu pemazmur mengajak semua umat Tuhan agar membiarlah kebaikan Tuhan itu terus diingati dan sentiasa berada didalam hati setiap mereka. Dimana kenangan tentang kebaikan-Nya itu kepada umat-Nya perlu terus melekat pada hati mereka dengan terus menceritakannya dan masyhurkannya.


Dengan itu sebagai seseorang yang dipenuhi dengan kebaikan Tuhan didalam hidupnya harus memilik kerinduan yang besar terhadap orang lain, supaya mereka juga boleh mengenal dan merasakan kebaikan Tuhan itu di dalam hidup mereka.

Oleh itu pemazmur mengingatkan kita bahawa “...Tuhan itu pengasih dan penyayang, Dia panjang sabar dan penuh dengan kasih. Dia baik terhadap setiap orang, dan mengasihani semua ciptaan-Nya.....” Mazmur 145:8-9


Pengasih dan penyayang merupakan sifat peribadi Tuhan kita, Dia adalah Tuhan yang pengasih dan penyayang kepada semua orang. Kasih-Nya bersifat panjang sabar terhadap semua orang walaupun orang itu telah melanggar perintah-Nya. Kasih-Nya tetap sama tanpa membezakan mereka.


Oleh kerana sifat-Nya yang penyayang dan pengasih maka Dia sentiasa siap menerima semua orang yang datang kepada-Nya. Dengan itu datanglah kepada-Nya sembahlah dan layanilah Dia selama kita memiliki kesempatan, dengan sepenuh hati.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, dan berterima kasih kepadaMu kerana Engkau mengasih diri saya sebagaimana adanya saya. Tuhan ampuniah saya sekiranya saya tidak mengasihiMu dengan sepenuh hati saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page