top of page

Tuhan Memakai Orang yang Lemah dan Tidak Penting

Hakim-Hakim 6:12, 14-16 (BM)

Malaikat TUHAN menampakkan diri kepada Gideon di situ dan berkata, "TUHAN menyertai engkau, hai pemuda yang gagah berani!" Kemudian TUHAN memberikan perintah ini kepada Gideon, "Dengan segenap tenagamu, pergilah bebaskan orang Israel daripada orang Midian. Akulah yang mengutus engkau." Gideon menjawab, "Tetapi Tuhan, bagaimana mungkin aku menyelamatkan umat Israel? Puakku yang paling lemah di kalangan suku Manasye. Lagi pun, akulah yang paling tidak penting dalam keluargaku." TUHAN berfirman kepadanya, "Aku akan menolong engkau, kerana itu engkau pasti berjaya. Engkau akan mengalahkan orang Midian seolah-olah engkau berhadapan dengan satu orang sahaja."


Pengajaran/Refleksi

1. Walaupun Gideon mengaku bahawa puaknya adalah yang paling lemah dan dia sendiri adalah yang paling tidak penting dalam keluarganya.

2. Tetapi TUHAN berfirman kepadanya bahawa TUHAN akan menyertai dia dan mengatakan bahawa dia adalah seorang pemuda yang gagah berani. TUHAN juga yang mengutus dia dan akan menolong dia sehingga dia berjaya mengalahkan orang Midian, seolah-olah dia berhadapan dengan satu orang sahaja walaupun mereka ramai sekali.


Kita harus memiliki hati yang rendah seperti Gideon, yang mengaku kelemahannya di hadapan TUHAN, supaya TUHAN dapat memakai kehidupan kita untuk melakukan pekerjaan-Nya dan membebaskan umat TUHAN daripada kuasa kegelapan serta masalah-masalah yang kita hadapi. Isytiharkan Firman TUHAN ini dalam kehidupan kita!


Doa

TUHAN, berkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Pakailah hidup kami untuk melakukan kehendak-Mu di dunia ini. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini. Dalam nama Yesus. Haleluyah dan Amen.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page