top of page

TUHAN Membela Orang Yang Tertindas


“…TUHAN membela orang yang tertindas dan bertindak dengan adil....” Mazmur 103:6


Pemazmur mulaikan pujiannya dengan melihat kembali pengalaman-pengalaman yang lalunya. Oleh kerana kebaikan Tuhan pemzmur terus memuji Tuhan kerana perkara-perkara yang dilakukan didalam hidupnya secara. Pemazmur bukan hanya melihat kebaikan Tuhan dalam hidupnya secara peribadi dia juga melihat keabikan Tuhan dalam hidup orang lain.


Pemazmur berkata kepada kita bahawa “…TUHAN melakukan kebenaran dan keadilan, bagi semua orang yang tertindas juga..”. oleh itu pemazmur mengajak semua orang yang tertindas juga bersama dengan untuk bersukacita dan mengucap syukur kepada Tuhan.


Hal ini berkata kepada kita bahawa Tuhan itu baik kepada semua orang, Dia menjalankan keadilan dan hukumNya, bukan hanya untuk umat-Nya sendiri, tetapi juga bagi segala orang yang tertindas. Sebab Dia mengasihi semua orang tanpa ada pilih kasih.


Dia menjadi pemeliharaan dan pelindung kepada semua orang terutamanya bagi mereka yang tidak bersalah yang tertindas, dengan satu cara membela kepentingan mereka yang tertindas, dengan membantu orang-orang yang tidak berdaya. Dengan bertindak melawan para penindas mereka.


Oleh itu, janganlah kita memikirkan Tuhan hanya baik kepada diri kita sahaja, tetapi Dia Tuhan yang mengasihi dan membela semua orang yang mengasihiNya. Dia baik kepada semua orang tanpa pilih kasih.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, berterima kasih kepadaMu kerana kebaikanMu untuk semua orang tanpa ada pilih kasih, Engkau baik kepada semua orang. Dengan itu saya berterima kasih kerana mengenal Engkau sebagai Tuhan bagi hidup saya dan semua orang. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page