top of page

Tuhan Membelanya


“...Engkau akan membela aku, kerana Engkau tahu apa yang benar...,.... Maz 17:2


Di saat Pemazmur sedang mengalami kesusahan yang besar dan terancam bahaya oleh daripada musuh-musuhnya, dia hanya berserah kepada Allah melalui doanya, dengan menjadikan Tuhan tempat dia bernaung dan mencari perlindungan.


Pemazmur bertindak dengan datang kepada Tuhan dan berserah kepadaNya, kerana dia tahu bahawa Tuhan sentiasa bersama dengannya sepanjang malam dan melihat dia sampai ke dalam hatinya..


Oleh itu dia mencurahkan seluruh isi hatinya kepada Allah dengan cara berseru “..dengarkanlah, TUHAN! Biarlah perkaraku yang benar mendapat perhatian di depan pengadilan-Mu, dan adililah perkara itu) dan berikanlah telingaMu kepada doaku...”


Sewaktu Tuhan menguji hatinya dan menyelidiki dirinya pada waktu malam, Tuhan mendapati bahwa dia tulus ikhlas; perkataannya sesuai dengan fikirannya. Allah mengenal dirinya benar, sebab Dia telah menguji hatinya. Dengan itu Dia membela dirinya sepanjang malam.


Sekiranya kita hidup benar dan tulus dihadapan Tuhan, maka kita tidak perlu takut sewaktu kita melalui berbagai ancaman, sebab Dia Tuhan yang mengenal hati kita akan menjaga dan melindungi kita.


Doa: Bapa yang di surga, terima kasih kerana menjadi pembela hidup saya sepanjang hidup saya, ajar saya untuk berserah dan bergantung kepadaMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr. Patrick Taie

Comments


bottom of page