“…Dialah yang membentuk hati mereka, dan mengetahui segala perbuatan mereka....…” Mazmur 33:15
Pemazmur berkata bahawa hati manusia dibentuk oleh Tuhan, hal ini bermaksud bahawa Tuhanlah yang menciptakan setiap pikiran manusia atau membentuk roh di dalam setiap manusia, yang memberikan kehidupan mereka. Oleh karena Dia memberikan roh kepada manusia maka hal ini membuktikan Dia mengenal manusia dengan sempurna.:
Oleh kerana hati manusia diciptakan oleh Tuhan maka secara peribadi Dia, Tuhan sangat memahami semua pemikiran mereka, perbuatan mereka dan mengetahu apa yang sedang mereka pikirkan.
Sebenarnya Dia Tuhan boleh mengawal kehidupan manusia sepenuhnya sebab Dia yang menciptakan hati manusia, namun Dia tidak bertindak demikian terhadap manusia tetapi Dia memberikan manusia kebebasan untuk memutuskan apa yang mereka mahu lakukan.
Daalam kebebasan manusia, Tuhan sentiasa memperhatikan segala pekerjaan mereka setiap hari. Sebab Dia mahu mereka menjalani kehidupan yang berkenaan dihadapanNya setiap hari melalui pemikiran, perkataan dan perbuatan mereka.
Itulah sebabnya Tuhan sentiasa memperhatikan manusia setiap hari sebab Dia mahu agar manusia terus mengalir ke arah mana yang Dia kehendaki, agar tujuan-tujuan Tuhan dapat dipenuhi melalui kehidupan mereka.
Apakah hati kita pada hari mengalir dalam kehendak Tuhan...
Doa: Bapa yang di surga, ajar saya menjalani kehidupan ini didalam jalanMu setiap hari, dalam perkataan, perbuatan dan pemikiran saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments