top of page

Tuhan Memberi Kita Kuasa untuk Menang

Hakim-Hakim 1:1-4 (BM)

Selepas Yosua meninggal, umat Israel bertanya kepada TUHAN, "Ya TUHAN, suku yang manakah harus pertama pergi menyerang orang Kanaan?" TUHAN menjawab, "Suku Yehuda. Aku akan memberi mereka kuasa untuk merebut negeri itu." Suku Yehuda berkata kepada suku Simeon, "Bantulah kami memerangi orang Kanaan dan menduduki wilayah yang ditentukan TUHAN untuk kami. Selepas itu kami pula akan membantu kamu menduduki wilayah yang ditentukan TUHAN untuk kamu." Oleh itu suku Simeon pergi berperang bersama dengan suku Yehuda. TUHAN memberi mereka kemenangan atas orang Kanaan dan orang Feris. Mereka mengalahkan sepuluh ribu orang askar di Bezek.


Pengajaran/Refleksi

1. Kita berdoa supaya TUHAN memberi kemenangan kepada kita umat-Nya dalam segala pencubaan yang kita hadapi.

2. Kiranya Tuhan memberikan kita kuasa untuk mengalahkan kuasa kejahatan dalam nama Yesus Kristus, seperti mana DIA membantu umat-Nya merebut tanah Kanaan.


KAMI PERCAYA DAN YAKIN TUHAN BAHAWA ENGKAU AKAN MEMBERI KAMI KEMENANGAN DEMI KEMENANGAN ATAS SEGALA PENCUBAAN DAN MASALAH DALAM KEHIDUPAN KAMI.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kami bersyukur kepada-Mu ya TUHAN kerana memberi kemenangan bagi kami. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini ya TUHAN. Di dalam dan di atas nama Yesus. Haleluyah dan Amen.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page