top of page

Tuhan Memberikan Sesuatu Lebih Dari Apa yang Kita Jangkakan


2 Samuel 7:18-20 (AVB)

    18Kemudian masuklah Raja Daud lantas bersimpuh di hadapan TUHAN dan berkata, “Ya Tuhan ALLAH, siapakah kononnya aku ini dan siapakah kononnya keluargaku, sehingga Engkau membawa aku sejauh ini? 19Bahkan ternyata pula perkara ini perkara biasa di mata-Mu, ya Tuhan ALLAH. Namun demikian, Engkau telah berfirman pula tentang masa yang masih jauh mengenai keluarga hamba-Mu ini. Inilah perjanjian bagi umat manusia, ya Tuhan ALLAH. 20Entah apa lagi yang dapat disampaikan oleh Daud kepada-Mu, kerana Engkau mengenal hamba-Mu ini, ya Tuhan ALLAH.


Pengajaran/Refleksi

1. Raja Daud berdoa kepada TUHAN dengan mengaku bahawa dia dan keluarga tidak layak menerima segala kebaikan yang telah TUHAN tunjukkan kepadamya.


2. TUHAN melakukan lebih daripada semua itu dan TUHAN telah berjanji tentang keturunannya pada masa hadapan dan TUHAN membenarkan dia melihat kebaikan-Nya.


Ketahuilah bahawa TUHAN yang kita sembah adalah TUHAN yang MAHA KUASA, yang membenarkan kita untuk melihat dan mengalami kebaikan TUHAN dalam kehidupan kita.


Kiranya TUHAN YESUS memberkati setiap kita, sebagai anak-anak-Nya seperti TUHAN memberkati keluarga Raja Daud.


Halleluya dan amen!!


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!


Rev. Ali Langgit

Comentários


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page