1 Samuel 10:1-2 (BM)
Kemudian Samuel mengambil sebuah botol berisi minyak zaitun, lalu menuang minyak itu ke atas kepala Saul. Dia mencium Saul dan berkata, "TUHAN melantik kamu menjadi raja Israel, umat-Nya. Kamu akan memerintah umat-Nya dan melindungi mereka daripada semua musuh. Inilah buktinya bahawa TUHAN sudah melantik kamu sebagai raja umat-Nya: Selepas kamu meninggalkan saya hari ini, kamu akan berjumpa dengan dua orang lelaki dekat kubur Rahel di Zelzah, di wilayah Benyamin. Mereka akan berkata kepadamu begini, 'Keldai-keldai yang kamu cari itu sudah dijumpai. Sekarang bapamu tidak lagi khuatir tentang keldai-keldai itu, tetapi terus-menerus bertanya apa yang harus dilakukannya untuk menjumpai kamu.'"
Pengajaran/Refleksi
Samuel menuangkan minyak zaitun ke atas kepala Saul dan mencium Saul, lalu berkata, "TUHAN melantik engkau menjadi raja umat-Nya."
Saul akan memerintah umat Tuhan dan melindungi mereka daripada semua musuh. Tuhan membuktikan bahawa Saul adalah raja yang dipilih-Nya dengan memberi tanda bahawa keldai-keldai yang hilang telah dijumpai.
Kita harus menghormati orang yang telah dipilih oleh Tuhan untuk melaksanakan kehendak-Nya, baik itu raja, nabi, rasul, pengajar, penginjil, atau gembala. Tuhan memilih mereka untuk melengkapi umat-Nya agar dapat melakukan segala perkara yang baik (lihat Efesus 4:11-12).
Doa
Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya kami menghormati setiap hamba-Mu yang Engkau pilih untuk melakukan kehendak-Mu. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin!
Rev. Ali Langgit
コメント