“...Mereka membuat rancangan, dan berkomplot menentang raja, tetapi mereka tidak akan berjaya....…Maz 21:12
Pemazmur berkata bahawa Allah akan menggagalkan setiap rancangan-rancangan jahat para musuh-musuhnya, Allah akan bertindak bagi pihaknya, sehingga rancangan jahat mereka tidak berhasil karena Tuhan menyebabkan tali tombak mereka melawan mereka sendiri.
Walaupun mereka berusaha dengan sedaya upaya untuk menurunkan pemazmur daripada takhta kerajaannya, namun mereka tetap gagal dengan usaha mereka. sebab yang bertindak bagi pihaknya adalah Allah.
Walaupun mereka gagal didalam setiap usaha mereka namun mereka masih tidak sedar bahawa rancangan jahat mereka itu adalah rancangan yang menantang Tuhan sendiri. Sebab yang mengangkat diri pemazmur menjadi raja adalah Tuhan sendiri.
Oleh itu menenatang pemazmur bererti menentang Tuhan yang mengangkat dirinya menjadi raja. Itulah sebabnya rancangan jahat mereka tidak pernah berhasil. Sebab Tuhan yang melindungi dan menjagi diri pemanzmur daripada ancaman musuhnya.
Pemazmur tidak perlu kuathir dan takut dengan setiap rancangan-rancangan jahat para musuh-musuhnya yang bersekongkol untuk melawan dirinya. sebab orang yang hidup akrab bersama-sama dengan Tuhan tidak pernah dikalahkan..
Apapun jenis rancangan yang mereka mahu gunakan untuk melawan dirinya nanun rancangan mereka tetap akan gagal, sebab yang bertindak bagi pihaknya adalah Tuhan. Demikian juga dengan diri kita pada hari ini.
Apapun rancangan jahat yang dirancangkan oleh musuh kita terhadap diri kita semuanya pasti akan tetap gagal sebab yang bertindak bagi pihak kita adalah Tuhan. Dengan itu jangan takut dan kuathir terhadap rancangan jahat musuh kita.
Selagi Tuhan bersama kita selagi itu kita akan menang, sebab yang bertindak bagi pihak kita adalah Tuhan sendiri. Oleh itu jangan sekali-kali berani untuk menentang orang yang dipilih oleh Tuhan, sebab yang bertindak bagi dirinya adalah Tuhan. (Maz 21:9).
Doa: Bapa yang di surga, saya bersyukur kerana memilikiMu didalam hidup saya, sebab bertindak bagi pihak saya adalah Engkau. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr. Patrick Taie
Comentarios