top of page

Tuhan Mengubah, Kita Menjadi Berguna

“…Dahulu dia tidak berguna bagimu, tetapi sekarang dia berguna bukan sahaja bagimu, tetapi bagiku juga...” Filemon 1:11


Paulus mengajukan permintaannya kepada Filemon untuk menerima Onesimus kembali kepadanya sebagai saudara yang dikasihi. Onesimus telah bertobat dan menerima Yesus dalam hidupnya. Oleh kerana pertobatannya, hidupnya telah berubah dan tidak lagi seperti dahulu.


Oleh kerana pertobatan Onesimus, Paulus mahu Filemon menerima Onesimus kembali kepadanya sebagai saudara yang dikasihi. Dia kini sudah seperti anak bagi Paulus, kerana Onesimus telah percaya kepada Yesus melalui ajaran Paulus semasa mereka berada di dalam penjara.


Pertobatan Onesimus menjadikannya sangat berguna, bukan sahaja bagi Paulus, tetapi juga untuk Filemon, walaupun dahulu dia tidak berguna.


Perubahan yang Tuhan Yesus kerjakan dalam hidup Onesimus telah menyebabkan dirinya menjadi seorang yang berguna, walaupun pada masa lalu dia tidak berguna. Dengan kehadiran Tuhan Yesus dalam hidup kita, hidup kita juga akan menjadi berharga.


Berilah hidup kita kepada Tuhan Yesus, dan hidup kita akan menjadi berharga.


Doa:

Bapa yang di syurga, saya datang kepada-Mu, mengucap syukur kerana menerima saya sebagaimana adanya saya. Engkau telah mengubah hidup saya menjadi berharga. Terima kasih, Tuhan. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa. Amin.


Pr. Patrick Taie

Comments


bottom of page