“…Dia menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan baik kita, tetapi kerana belas kasihan-Nya. Allah menyelamatkan kita melalui Roh-Nya, yang mengurniai kita kelahiran baru dan hidup baru dengan membasuh kita...” Titus 3:5
Firman Tuhan mengatakan kepada kita bahawa Tuhan Yesus menyelamatkan kita daripada hukuman dosa bukan kerana perbuatan baik yang telah kita lakukan, tetapi semuanya kerana belas kasihan-Nya kepada kita.
Dia menyelamatkan kita daripada hukuman dosa melalui kematian-Nya di atas kayu salib, di mana Dia menyerahkan diri-Nya untuk dikorbankan bagi menebus dosa kita. Oleh itu, melalui kematian-Nya, kita diselamatkan. Yesus Kristus adalah penyelamat kita. Melalui Roh-Nya, Allah menyelamatkan kita dengan mengurniai kita kelahiran baru dan hidup baru.
Kita diselamatkan oleh anugerah-Nya, dan kita menerima anugerah itu melalui iman. Ingatlah, kita diselamatkan bukan kerana perbuatan kita, kerana kita tidak dapat menyelamatkan diri kita sendiri. Keselamatan itu adalah pemberian daripada Allah.
Doa:
Bapa yang di syurga, saya datang kepada-Mu, mengucap syukur kepada-Mu, ya Tuhan, kerana anugerah-Mu saya diselamatkan. Ajar saya untuk sentiasa bersyukur kepada-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa. Amin.
Pr. Patrick Taie
Commenti