top of page

Tuhan Menyerahkan Musuh Kepada Kita

Teks

Hakim-Hakim 8:7, 12, 21-23 (BM) Oleh itu Gideon berkata, "Baiklah! Apabila TUHAN menyerahkan Zebah dan Salmuna kepadaku, aku akan mencambuk tubuh kamu dengan duri dan onak dari padang gurun!" Zebah dan Salmuna, dua orang raja Midian itu lari. Tetapi Gideon mengejar dan menangkap mereka, sehingga seluruh tentera musuh cemas. Zebah dan Salmuna berkata kepada Gideon, "Ayuh, kalau engkau lelaki, bunuhlah kami dengan tanganmu sendiri!" Oleh itu Gideon membunuh mereka, lalu mengambil semua perhiasan yang ada pada leher unta mereka. Selepas itu umat Israel berkata kepada Gideon, "Tuan telah menyelamatkan kami daripada kekuasaan orang Midian. Sekarang hendaklah tuan menjadi pemimpin kami - tuan dan keturunan tuan." Gideon menjawab, "Saya tidak akan menjadi pemimpin kamu; anak saya pun tidak. TUHAN yang menjadi pemimpin kamu."


Pengajaran/Refleksi

  1. TUHAN menyerahkan musuh kepada kita seperti mana yang dilakukan-Nya kepada Gideon. Dia mengalahkan empat orang raja Midian.

  2. Oleh kerana Gideon mengalahkan raja-raja Midian itu, mereka mahu mengangkat dia menjadi pemimpin, tetapi dia berkata, "Saya dan anak saya tidak akan menjadi pemimpin, tetapi TUHAN yang menjadi pemimpin mereka."


Saudara dalam Yesus Kristus, jangan takut terhadap apa pun yang terjadi dengan hidup saudara, sebab TUHAN akan menyerahkan musuh-musuhmu kepadamu dan Ia akan memberikan kemenangan kepada kita. Haleluyah dan Amin!!


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Engkau memberi kemenangan bagi kami, dan menyerahkan semua musuh kepada kita. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Haleluyah dan Amin.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page