top of page

TUHAN Pengasih Dan Penyayang


“…TUHAN pengasih dan penyayang, panjang sabar, dan penuh dengan kasih...” Mazmur 103:8


Pemazmur berkata kepada kita bahawa Tuhan yang dia percaya itu adalah Tuhan yang pengasih dan penyayang, panjang sabar, dan penuh dengan kasih. Dia Tuhan yang tidak pernah ganas dan kejam terhadap kita, tetapi selalu lembut, penuh belas kasihan, dan siap mengampuni.


Pemazmur memperkenalkan Tuhannya kepada kita melalui sifat diriNya, yang pertama “..penyayang dan pengasih..” hal ini dikatakanNya kepada Musa sewaktu di Gunung Horeb, dimana Dia memperkenalkan diriNya sebagai Tuhan yang “..penyayang dan pengasih..”


Selain Dia memperkenalkan diriNya kepada Musa sebagai Tuhan yang “..penyayang dan pengasih..”, Dia juga mengatakan bahawa Dia adalah Tuhan yang “…panjang sabar, dan penuh dengan kasih..” ini bererti Dia Tuhan yang tidak lekas marah tetapi panjang sabar.


Hal ini berkata kepada kita bahawa Dia Tuhan yang bersabar terhadap orang-orang yang sering kali membangkitkan kemarahan-Nya, Dia tidak segar menghukum mereka, tetapi memberikan mereka ruang untuk bertobat.

Tuhan bukan sahaja panjang sabar tetapi Dia juga Tuhan yang berlimpah dengan kasih setia, Dia tidak dengan segera memutuskan hukumam ke atas mereka yang berbuat salah. Oleh kerana Dia dipenuhi dengan belas kasihan yang berkelimpahan maka Dia siap untuk mengampuni dosa mereka.


Oleh kerana sifatNya yang pengasih dan penyayang, panjang sabar, dan penuh dengan kasih maka kita dapat menikmati hidup ini dengan baik, walaupun kita sebenarnya layak untuk dihukum oleh kerana pelanggaran-pelanggaran kita. Tetapi oleh kerana kasih dan kesabaranNya maka kita tetap diterimaNya menjadi anak-anakNya yang dikasih olehNya.


Oleh itu marilah kita mendekati Dia setiap hari dan bergantung padaNya untuk bimbingan dan kekuatan setiap hari. dalamNya kita boleh memahami erti “..anugarah..”.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengangkat segala pujian saya kepadaMu, kerana Engkau Tuhan yang pengasih dan penyanyang, panjang sabar terhadap diri saya. didalamMu hati saya tenang dan damai. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page