
1 Samuel 26:23-25 (AVB)
23TUHAN akan membalas setiap orang menurut perbenaran dan kesetiaannya. Pada hari ini TUHAN telah menyerahkan tuanku ke dalam tangan hamba, tetapi hamba tidak mahu mencederakan orang yang dilantik TUHAN. 24Sebagaimana nyawa tuanku berharga di mataku pada hari ini, semoga jugalah nyawa hamba di mata TUHAN. Semoganya Dia melepaskan hamba daripada segala kesengsaraan.” 25Kata Saul kepada Daud, “Semoga engkau diberkati, wahai anakku Daud. Engkau akan melakukan banyak hal dan pasti berjaya.” Daud pun meneruskan perjalanannya, manakala Saul pulang ke tempatnya.
Pengajaran/ Refleksi.
1. Raja Saul mengaku Daud seorang yang setia kepadanya dan bahkan jujur terhadap rajanya. Walaupun TUHAN telah menyerahkan Raja Saul kepada Daud, namun Daud tidak berbuat jahat terhadapnya, sebab dia adalah raja yang sudah dipilih oleh TUHAN.
2. Daud mohon daripada TUHAN agar TUHAN membiarkannya hidup dan membebaskan dia daripada segala kesusahan! Raja Saul juga mendoakan Daud supaya Allah memberkatinya, agar Daud berjaya dalam segala usahanya.
Setiap umat Tuhan yang setia dan jujur pasti akan diberkati oleh Tuhan, iaitu supaya Tuhan membebaskan kita daripada segala kesusahan dan akan berjaya dalam segala usaha yang kita lakukan. Kami nyatakan dalam nama Yesus Kristus segala sesuatu yang baik terjadi dalam kehidupan kita. Halleluya dan amen!!
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!
Rev. Ali Langgit
Comments