“…TUHAN memandang ke bawah dari syurga, dan melihat semua manusia...…” Mazmur 33:13
Pemazmur berkata kepada kita bahawa TUHAN memandang dari sorga dan melihat semua anak manusia, dengan memperhatikan segala sesuatu yang mereka lakukan. Dia memandang semua anak manusia dari tempat kediaman-Nya.
Pemazmur ingin memberitahu kita bahawa dihadapan Tuhan tidak ada satu pun perkara yang tersembunyi, segalanya terbuka dihadapan mata-Nya. Dia mengetahui segala perkara yang ada didunia ini, baik yang besar mahupun yang terkecil semuanya terbuka dihadapanNya.
Sebab hati manusia telah dibentuk oleh-Nya, oleh kerana hati manusia telah dibentuk oleh-Nya maka setiap perbuatan mereka, Dia tahu. Dia sentiasa memperhatikan kehidupan semua manusia sepanjang waktu.
Oleh itu setiap manusia harus menjalani kehidupan yang berkeanan dihadapan Tuhan setiap hari sebab semua manusia berada di bawah pengawasan-Nya. Dia memperhatikan segala yang mereka lakukan setiap hari.
Dengan itu kita harus memperhatikan perbuatan kita, perkataan kita dan pemikiran kita setiap hari agar kita sentiasa menyenangkan dan memuliakan Tuhan melalui perkataan, perbuatan dan pemikiran kita.
Doa: Bapa yang di surga, saya bersyukur kerana Engkau sentiasa memperhatikan kehidupan saya setiap hari. Terima kasih Tuhan kerana pengawasanMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Opmerkingen