Pemazmur berkata kepada kita bahawa walaupun dia berjalan di tengah-tengah kesusahan, namun Tuhan yang dia percaya akan mempertahankan dirinya, dengan mengulurkan tangan-Nya ke atas dirinya, terhadap kemurkaan musuh-musuhnya. Dimana tangan kanan Tuhan menyelamatkan dirinya.
Dengan itu pemazmur tidak perlu gemantar ketika jiwanya hampir jatuh atau terbenam oleh ancaman musuh-musuhnya, sebab dia tahu bahawa Tuhan akan mempertahankan hidupnya dan membuat dirinya merasa tenang dan gembira dalam menghadapi kesukaran. Penghiburan yang datang daripada Tuhan sudah cukup untuk mempertahankan hidupnya ketika dia berada dalam kesesakan.
Itulah sebab pemazmur berkata kepada kita bahawa “...ketika dia ditimpa kesusahan, Tuhan memelihara dia; Tuhan menentang musuhnya yang ganas, dan menyelamatkan dia dengan kuasa-Nya......” Mazmur 138:7
Oleh itu bagaimana dengan diri kita? apakah tentangan atau ancaman yang sedang anda lalui saat ini, yang cuba menekan dan memusnahkan hidupmu sehingga anda merasa tidak berdaya lagi? Ingat apa yang katakan oleh pemazmur kepada kita pada saat ini, bahawa Tuhan akan melindungi dan membelanya, dengan mengulurkan tangan-Nya, terhadap musuh yang cuba menghancurkan dirinya.
Demikian juga Tuhan yang sama akan menolong dan melindungi diri kita daripada ancaman para musuh kita. Dengan itu jangan takut adan menyerah terhadap ancaman yang sedang kita hadapi saat ini. Sebab Tuhan yang telah menolong dan melindungi pemazmur juga akan menolong diri kita.
“..selagi Tuhan bersama-sama kita, jangan takut dan menyerah sebab Dia akan membela dan memelihara diri kita..”
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, menyerahkan diri saya sepenuhnya ke dalam tanganMu, dan saya memohon bimbingan daripadaMu ke atas hidup saya Tuhan, sebab hanya Engkau yang dapat menolong hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comments