“…Aku lemah dan tidak berdaya; tetapi Engkau, ya Tuhan, mengingati aku. Engkaulah penolong dan penyelamatku; cepatlah datang menolong aku, ya Allahku!.…” Mazmur 40:18
Sebagai seorang yang mengenal dan percaya kepada Tuhan, pemazmur tahu siapa dirinya dihadapan Tuhan. Secara manusiawi pemazmur mengakui dirinya lemah dan tidak berdaya; tetapi Tuhan mengingatkan dirinya bahawa Dialah penolong dan penyelamatnya.
Pada saat ini pemazmur sedang mengalami kesengsaraan dan kekurangan didalam hidupnya. Namun Tuhan memperhatikan dan menolong dirinya, kesengsaraan dan kemiskinan bukanlah perkara yang jahat bagi dirinya. Sebab didalam keadaan yang demikian Tuhan memperingatkan dia bahawa dia sangat memerlukan campurtanganNya dalam hidupnya.
Oleh itu janganlah kita menyerah sewaktu kita melalui keadaan yang sangat sengsara dan berkekurangan dalam hidup kita. sebab didalam segala keadaan yang kita lalui didalam hidup kita hari ini baik untuk iman kita. Sebab melalui semuanya kita dapat tahu bahawa kita sangat memerlukan pertolongan Tuhan bagi hidup kita.
Pemazmur sangat bergumul dengan keadaan yang sedang dia lalui didalam hidupnya namun keadaan yang dia sedang lalui ini, memperingatkan dirinya tentang penolong dan penyelamat hidupnya adalah Tuhan.
Pemazmur memberikan kita sebuah teladan yang sangat baik untuk kita ikuti, bagaimana kita harus bertindak didalam keadaan yang sukar dalam hidup ini, dimana kita harus berserah sepenuhnya kepada pertolongan Tuhan sewaktu kita dalam kesesakan..
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, membawa syukur dan terima kasih kepadaMu kerana Engkau adalah Tuhan dan penolong hidup saya, ajar saya untuk terus bersandar padaMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments