top of page

Tuhan Sumber Kesejahteraan Kita

Hakim-Hakim 6:17-18, 22-24 (BM)

Gideon berkata, "Jika aku betul-betul diperkenan oleh Tuhan, berilah aku bukti bahawa TUHAN yang memberikan perintah itu kepada aku. Tolong jangan pergi sebelum aku membawa persembahan untuk Tuhan." Dia menjawab, "Aku akan menunggu sehingga engkau kembali." Gideon menyedari bahawa yang telah datang kepadanya itu malaikat TUHAN. Dengan takut Gideon berkata, "Ya TUHAN Raja, aku telah berhadapan muka dengan malaikat-Mu!" Tetapi TUHAN berfirman kepadanya, "Janganlah takut. Bertenanglah. Engkau tidak akan mati." Gideon membina sebuah mazbah untuk TUHAN di sana dan menamakannya "TUHAN Sumber Kesejahteraan". Sampai sekarang mazbah itu masih ada di Ofra, kota milik puak Abiezer.


Pengajaran/Refleksi

1. Gideon meminta bukti jika dia betul-betul diperkenan oleh TUHAN dan menyedari bahawa yang datang kepadanya itu adalah malaikat TUHAN.

2. TUHAN berfirman kepada Gideon, "Janganlah takut. Bertenanglah. Engkau tidak akan mati."


Ingatlah bahawa TUHAN yang kita sembah adalah TUHAN, sumber kesejahteraan umat manusia. Maka itu, bertenanglah dan jangan takut, sebab Dia ada bersama dengan kita. Jika saudara ada pergumulan dan masalah saat ini, datanglah kepada TUHAN mohon kesejahteraan daripada-Nya.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Berkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Beri kepada setiap kami kesejahteraan-Mu. Dalam nama Yesus. Haleluyah dan Amen.


Rev. Ali Langgit

コメント


bottom of page