“…Engkaulah sumber segala kehidupan, dan kerana cahaya-Mu, kami dapat melihat cahaya.…” Mazmur 36:10
Pemazmur berkata bahawa Tuhanlah “…sumber segala kehidupan dan kerana cahaya-Nya, maka mereka dapat melihat cahaya. Hal ini bermakna bahawa bersama dengan Tuhan ada sumber kehidupan, di dalam terang-Nya, kita dapat melihat terang.
Oleh karena pemazmur telah memilik Tuhan sebagai kegembiraan dan sukacita dirinya maka, pemazmur memiliki sumber kehidupan bagi hidupnya, dimana sumber sukacita dan kegembiraan melalir didalam kehidupannya.
Pemazmur bukan sahaja menerima kegembiraan dan sukacita yang luarbiasa kerana memiliki Tuhan dalam hidupnya, pemazmur juga memiliki terang yang sempurna daripada Tuhan, iaitu hikmat, pengetahuan, dan sukacita, sebab semuanya ini ada di dalam terang. Itulah sebab pemazmur berkata di dalam terang-Mu kami melihat terang.
Hal ini bererti “di dalam pengenalan secara peribadi dengan Tuhan, pemazmur memperolehi segala sesuatu yang memuaskan pengertiannya, dapat mengenal diri Tuhan dengan lebih dalam, menikmati hidiratNya yang indah.
Bagaimana dengan diri kita hari ini? Apakah kita sudah memiliki Tuhan didalam kehidupan kita secara peribadi? Sekiranya kita telah memiliki Tuhan dalam hidupa kita yang pasti kita akan mengalami hal yang sama yang dialami oleh pemazmur pada masa yang lalu.
Oleh kerana kita memiliki Tuhan didalam kehidupan kita pada hari ini maka Tuhan sumber segala kehidupan rohani kita, akan menerima, segala kekuatan dan penghiburan bagi jiwa kita yang telah dikuduskan olehNya.
Marilah kita menerima Tuhan didalam hidup kita secara peribadi didalam kehidupan kita pada hari ini….
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, membuka hati saya kepadaMu, kuasailah hidup saya dengan RohMu, bimbinglah saya mengikut jalanMu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comentarios