1 Samuel 2:1 (BM)
Kemudian Hana berdoa, "TUHAN menggembirakan hatiku; alangkah bahagianya aku, kerana apa yang sudah dilakukan-Nya bagiku. Sekarang aku mentertawakan musuhku; alangkah sukacitanya aku kerana Allah sudah menolong aku."
Pengajaran/Refleksi
Pada waktu kita susah atau sedih, dan bahkan pada waktu senang, TUHAN pasti melihat. TUHAN menggembirakan hati kita, dan alangkah bahagianya kita kerana apa yang sudah TUHAN lakukan bagi kita.
Kita bersyukur kepada TUHAN kerana telah mendengar doa kami. Engkau membuat kami tertawa terhadap musuh kami dan memberi kami sukacita yang luar biasa.
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin!
Rev. Ali Langgit
Comments