“…TUHAN tahu akan fikiran manusia; Dia tahu bahawa semuanya sia-sia belaka........” Mazmur 94:11
Mazmur ini menceritakan tentang keadaan umat Tuhan yang sedang dihimpit oleh kesesakan, ditindas dan dianiaya oleh musuh-musuh mereka. Oleh itu pemazmur mengajak agar umat Tuhan agar berseru kepada Tuhan, sebagai Hakim langit dan bumi untuk menghadapi musuh-musuh mereka.
Sebab Tuhan yang mereka sembah itu adalah Tuhan yang mahatahu, Dia mengetahui apa yang difikirkan oleh manusia, dengan kata lain tidak ada yang tersembunyi dihadapanNya, segala rancangan-rancangan manusia Dia tahu.
Bagi Tuhan manusia hanyalah seembus napas, kerana Dia Tuhan yang menjadikan telinga, pasti Dia dapat mendengar. Dia menjadikan mata, pasti Dia dapat melihat. Dia yang memarahi bangsa-bangsa, pasti Dia menghukum mereka. Dia guru semua orang, pasti Dia berpengetahuan.
Oleh itu umat Tuhan tidak perlu kuathir dengan keadaan yang sedang mereka lalui pada saat ini, sebab Tuhan yang mereka sembah itu adalah Tuhan yang mengetahui segala rancangan-rancangan manusia.
Hal ini menjadi penghiburan dan damai bagi mereka yang sedang teraniaya dan menderita bahawa Dia Tuhan yang mengetahui segala fikiran manusia. Oleh itu bersandarlah pada Tuhan sebab segala yang kita lalui Tuhan tahu, Tuhan bukan hanya tahu tetapi Dia tahu bagaimana untuk menolong kita juga.
Dengan itu berserahlah kepada Tuhan untuk pertolongan dan bimbingan Tuhan dalam segala keadaan, kerana Dia dapat menolong kita.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, kerana Engkau Tahu apa yang saya sedang saya lalui pada hari ini, oleh itu saya meminta kepadaMu kekuatan dan bimbingan agar saya terus mendapat kekuatan daripadaMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comentários