“…Engkau tahu betapa cemasnya hatiku; Engkau tahu betapa banyaknya air mataku. Bukankah semuanya itu tercatat di dalam kitab-Mu?.…” Mazmur 56:5
Sewaktu pemazmur melalui berbagai ancaman dan tekanan yang berterusan daripada musuh-musuhnya, maka hatinya dipenuhi dengan perasaan yang cemas dan banyak tangisan, namun dalam keadaan demikian pemazmur tahu bahawa Tuhan mengetahui segalanya.
Dengan itu dia berseru kepada Tuhan untuk pertolongan, oleh kerana janji Tuhan kepadanya maka Tuhan mematahkan segala ancaman para musuh-musuhnya. Hal ini telah memberitahu pemazmur bahawa Tuhan sentiasa berpihak kepadanya.
Oleh itu pemazmur terus memuji kebesaran Tuhan didalam kehidupannya, sebab dia tahu bahawa jika Tuhan berjanji kepadanya, pasti dia akan selamat, sebab Tuhan sentiasa berpihak kepada dirinya dan menolongnya.
Dengan itu dia tetap percaya kepada Tuhan didalam segala keadaan yang sedang dia dilalui didalam hidupnya, oleh kerana keyakinannya dalam Tuhan maka dia tidak takut lagi dengan ancaman yang sedang di hadapi. Sebab Tuhan berpihak kepadanya.
Bagaimana dengan diri anda hari ini? Apakah anda merasa cemas dengan apa yang anda sedang lalui didalam hidup anda hari ini? ingat apa yang pemazmur katakan kepada kita, jika Tuhan dipihak maka kita akan selamat kerana Dia yang menolong kita.
Oleh itu marilah kita dating kepada Tuhan untuk pertolongan dan bimbingan, sebab didalam Tuhan kita akan aman dan tentang..
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, dan berterima kasih kepadaMu kerana menjadi Tuhan dan pembimbing hidup saya, didalam Engkau saya merasa tenang dan aman. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comentarios