“…Engkaulah tempat persembunyianku, Engkau akan menyelamatkan aku daripada kesusahanku, Aku bersorak memujiMu kerana Engkau menyelamatkan dan melindungi aku..” Mazmur 32:7
Pemazmur menceritakan tentang pengalaman penghiburan yang dia alami didalam hidupnya sewaktu dia menerima pengampunan yang daripada Tuhan. Dia berkata kepada kita bahawa “…..Ya Allah, Engkau tempat persembunyianku. Engkau melindungi aku dari kesusahanku. Engkau menjaga di sekelilingku dan melindungiku. Jadi, aku menyanyikan tentang cara-Mu menyelamatkan aku….”
Oleh kerana pengalaman peribadi pamzamur didalam Tuhan telah memberikan kepadanya keyakinan yang sejati didalam Tuhan, sehingga dia penuh berkeyakinan berkata kepada kita bahawa anugerah itu pasti akan terus mengalir dari orang kudus yang berdoa
Apa yang dimaksudkan pemazmur tentang anugerah Tuhan terus mengalir adalah didalam Tuhan pemazmur menemukan rasa aman mahupun sukacita. Sebab Tuhan berkata kepadanya bahawa, “Dia akan mengajar dirinya dan menunjukkan jalan baginya apa yang harus dia jalani. Dia akan menjaganya dan menjadi penuntunnya.
Oleh kerana janji Tuhan kepada pemazmur ini maka dia memiliki keyakinan dalam dirinya terhadap Tuhan sehingga dia berkata kepada kita “....Hai orang baik, bersukacitalah dan berbahagialah dalam TUHAN. Semua orang yang mau melakukan yang benar, bersukacitalah.
Bagaimana dengan kita pada hari ini, apakah Tuhan menjadi tempat persembunyian bagi diri kita. Sebab didalamNya hati kita aman dan bersukacita
Doa: Bapa yang di surga, saya bersyukur kerana mengenal Engkau sebagai tempat persembunyian hidup saya, dengan itu hati saya damai dan tenang didalamMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments