top of page

Tuhan Tetap Dengan Janji-Nya Dan Tidak Berubah

"Jangan takut, kerana Aku berserta denganmu. Jangan cemas, kerana Akulah Allahmu. Aku akan menguatkan, bahkan akan menolong engkau. Ya, Aku akan menopang engkau dengan tangan kanan-Ku yang penuh kebenaran." Yesaya 41:10 AVB

 

Nabi Yesaya menegur umat Tuhan pada masa itu, yang sangat mudah melupakan Tuhan sepanjang perjalanan hidup mereka. Walaupun mereka sentiasa mengalami penyertaan dan pertolongan Tuhan dalam hidup mereka, namun kasih mereka kepada Tuhan sering kali berubah mengikut keadaan.

 

Ketika mereka dalam kesenangan dan kelimpahan, kasih mereka suam-suam sahaja. Namun begitu, ketika mereka dalam kesusahan, mereka datang mencari Tuhan. Kasih umat Tuhan ketika itu berubah-ubah menurut keadaan, iaitu keadaan sekeliling mereka mempengaruhi kasih dan tindakan mereka terhadap Tuhan. Apabila kasih mereka terhadap Tuhan berubah, mereka mulai memberontak terhadap pemimpin mereka.

 

Meskipun mereka acap kali memberontak terhadap Tuhan, kasih-Nya terhadap mereka tetap tidak berubah. Itulah sebabnya Tuhan berfirman kepada mereka: “Jangan takut, kerana Aku berserta denganmu. Jangan cemas, kerana Akulah Allahmu. Aku akan menguatkan, bahkan akan menolong engkau. Ya, Aku akan menopang engkau dengan tangan kanan-Ku yang penuh kebenaran.”

 

Walaupun umat Tuhan tidak setia kepada-Nya, kasih Tuhan tetap tidak berubah. Dialah Tuhan yang setia dan mengasihi umat-Nya tanpa syarat.

 

Oleh itu, kita harus mendekati Tuhan setiap hari dalam hidup kita, agar di dalam Dia hidup kita aman dan tenteram. Kasih dan janji Tuhan terhadap kita tetap tidak berubah, walaupun hati kita sering berubah.

 

Marilah kita bersandar pada-Nya untuk memperoleh pertolongan dan bimbingan, kerana di dalam Dia, hidup kita terjamin.

 

Doa:

Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk mengucapkan syukur atas kasih dan janji-Mu yang sama sekali tidak akan berubah dalam hidupku. Walaupun hatiku mudah berubah terhadap-Mu, Engkau tetap Tuhan yang penuh kasih yang sentiasa menyertai dan menolong aku. Terima kasih, ya Tuhan. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page