“…Tetapi TUHAN tetap mengasihi orang yang menghormati Dia, dan kebaikan-Nya berlangsung selama-lamanya, bagi mereka yang setia kepada perjanjian-Nya, dan mentaati perintah-Nya....” Mazmur 103:17-18
Pemazmur berkata kepada kita bahawa TUHAN tetap mengasihi orang yang menghormati diriNya dan kebaikan-Nya akan terus berlangsung untuk selama-lamanya, bagi mereka yang setia kepada perjanjian-Nya, dan mentaati perintah-Nya.
Pemazmur ingin berkata kepada kita tentang kasih setia Tuhan terhadap umat-Nya, iaitu kasih yang bersifat kekal dan abadi. Hal ini bererti bahawa kasih setia Tuhan itu berlanjutan dengan lebih lama daripada hidup mereka dan tetap ada meskipun mereka sudah tidak ada lagi.
Mereka yang memperolehi kasih setia Tuhan itu didalam hidup mereka adalah mereka yang menjalani kehidupan yang takut akan Tuhan atau mereka yang benar-benar berpegang pada perintah Tuhan atau pada perjanjian-Nya.
Oleh kerana mereka berpegang teguh, dan tidak mahu melepaskan perintah dan perjanjian Tuhan dalam hidup mereka maka mereka mengalami kasih setia Tuhan itu dalam hidup mereka. Sebab mereka memelihara perintah dan perjanjian-Nya sebagai bahagian dalam hidup mereka sehingga mereka tidak mahu berpisah daripadanya demi apa pun, sebab perjanjian-Nya itu adalah bahagian hidup mereka.
Mereka yang menjalani kehidupan yang taat dan melakukan perintahNya, mereka akan menerima berkat keselamatan yang daripadaNya. Oleh itu tetaplah setia pada janji-Nya dan yang selalu taat kepada-Nya. Sebab Dia Tuhan yang tetap setia kepada mereka yang hidup menghormati-Nya.
Hiduplah berpegang teguh pada perintah dan janji Tuhan selama kita masih hidup didunia, sebab dalam Tuhan hidup kita aman dan damai.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji dan mengagungkan namaMu kerana kehadiran Mu saya dapat menikmati perkara-perkara yang besar dalam hidup ini. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments