top of page

TUHAN Tidak Berdiam Diri, Melihat Kejahatan Manusia

Teks

Hakim-Hakim 9:52-54, 56-57 (BM)

Kemudian Abimelekh tiba untuk menyerang menara itu. Apabila dia sampai ke pintu menara itu dan hendak membakarnya, seorang perempuan menjatuhkan sebuah batu kisaran ke atas kepala Abimelekh sehingga meretakkan tempurung kepalanya. Dengan segera Abimelekh memanggil pemuda yang membawa senjatanya, lalu berkata, "Hunuslah pedangmu dan bunuhlah aku. Aku tidak mahu dikatakan orang bahawa aku dibunuh oleh seorang perempuan." Pemuda itu menikamnya, lalu Abimelekh meninggal. Demikianlah Allah membalas kejahatan Abimelekh terhadap bapanya kerana membunuh tujuh puluh orang saudara Abimelekh. Allah juga menyebabkan penduduk Sikhem menderita kerana kejahatan mereka, sebagaimana yang dikatakan Yotam anak Gideon ketika dia mengutuk mereka.


Pengajaran/Refleksi

TUHAN tidak berdiam diri, melihat kejahatan manusia, tetapi Dia akan bertindak terhadap kejahatan!


Abimelekh dihukum oleh TUHAN kerana kejahatan yang dilakukannya. Dia mati oleh kerana seorang perempuan menjatuhkan sebuah batu kisaran ke atas kepalanya sehingga tempurung kepalanya retak. Semuanya terjadi kerana kejahatan yang telah dilakukannya kepada keluarga Gideon.


Firman TUHAN mengajar kita, supaya jangan berbuat jahat kepada orang lain, sebab TUHAN akan membalas kejahatan yang kita lakukan. Jika ada orang yang berbuat jahat terhadap dirimu, jangan balas, sebab TUHAN akan bertindak bagi pihakmu. Jaga hati, jaga fikiran, dan jaga perasaan dirimu.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya kami tidak berbuat jahat. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Haleluyah dan Amin.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page