top of page

Tuhan Tidak Memerlukan Ramai Pahlawan Untuk Mendapat Kemenangan

Teks

Hakim-Hakim 7:2-3, 5-7 (BM)

TUHAN berfirman kepada Gideon, "Anak buahmu terlalu banyak. Aku tidak mahu memberi mereka kemenangan atas orang Midian. Nanti mereka akan berfikir bahawa mereka menang kerana kekuatan mereka sendiri, sehingga tidak memuliakan Aku. Oleh itu umumkanlah kepada anak buahmu, 'Sesiapa yang berasa takut, harus segera meninggalkan Gunung Gilead dan pulang ke rumahnya!' "Oleh itu dua puluh dua ribu orang pulang; hanya sepuluh ribu orang yang tinggal. Gideon membawa semua anak buahnya ke sungai, lalu TUHAN berfirman kepada Gideon, "Orang yang menjilat air seperti anjing harus engkau pisahkan daripada orang yang berlutut untuk minum." Sebanyak tiga ratus orang menjilat air dari tangan, sedangkan yang lain berlutut untuk minum. Kemudian TUHAN berfirman kepada Gideon, "Aku akan menyelamatkan engkau dan memberi engkau kemenangan atas orang Midian dengan tiga ratus orang yang menjilat air. Suruhlah semua orang yang lain itu pulang."


Pengajaran/Refleksi

1. TUHAN tidak mahu memberi kemenangan kepada umat-Nya yang bersandar kepada kekuatan mereka sendiri, sehingga mereka tidak memuliakan TUHAN.

2. Ada dua cara TUHAN memilih pahlawan yang berperang bagi-Nya:

- Sesiapa yang berasa takut, harus pulang ke rumahnya.

- Orang yang menjilat air seperti anjing harus dipisahkan daripada orang yang berlutut untuk minum.

3. TUHAN akan menyelamatkan umat-Nya dan memberi mereka kemenangan atas musuh-Nya dengan tiga ratus orang yang menjilat air.


Mari kita belajar mengandalkan TUHAN sepenuhnya dalam kehidupan kita. TUHAN akan memberikan kita kemenangan atas segala pencubaan ataupun masalah supaya nama TUHAN dimuliakan.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Engkau akan memberi kemenangan bagi kami, yang mengandalkan Engkau sepenuhnya. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Haleluyah dan Amin.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page