top of page

Tuhan Tidak Memungkiri Janji-Nya


Mungkin kita seringkali merasa kecewa dalam hidup ini, oleh kerana orang yang kita harapkan tidak menunaikan janjinya kepada kita. Dia telah berjanji untuk menolong atau melakukan sesuatu untuk kita, namun apabila waktu kita memerlukan pertolongan daripadanya, antah dia menghilang kemana, maka rasa kecewa mulai meresap dalam hati kita, demikian juga rasa kepercayaan kepadanya juga hilang.


Oleh kerana pengalaman yang kita lalui dalam hidup ini telah menciptakan rasa hilang keyakinan dengan janji orang dan sebaliknya. Kita mulai memusatkan segala perkara hanya pada diri kita sendiri.


Ingat hati manusia sentiasa berubah mengikut masa dan mengikut keperluan yang mereka ingin capaikan dalam hidup. Sebagai mana yang dikatakan oleh para ahli politik sering kali mereka menggunakan, “…dalam hidup ini tidak ada musuh yang kekal, atau tidak ada kawan yang kekal..”. persahabatan mereka mengikut keadaan semasa, walaupun mereka telah membuat perjanjian.


Namun pemazmur memperingatkan kita didalam kitab mazmur 110, bahawa Tuhan yang dia percaya tidak pernah memungkiri janji-Nya kepada mereka, Dia sentiasa berpegang pada janjiNya kepada mereka. Walaupun mereka sering kali tidak taat kepada perintahNya.


Namun Tuhan tetap menggenapi janjiNya kepada mereka, Dia sentiasa berpegang erat pada apa yang Dia telah janjikan kepada mereka. Dia tidak berdusta dan melupakan apa yang Dia telah katakan kepada mereka.


Mazmur 110:4 berkata “... TUHAN telah berjanji dan tidak akan memungkiri janji-Nya, “Engkau akan menjadi imam selama-lamanya, menurut keimaman Melkisedek.”...”


Bagi Tuhan janji tidak boleh di ingkari, mesti dipenuhi dengan apa-apa pun akibatnya, janji haruslah dipenuhi. Demikianlah dengan Tuhan, setiap apa yang Dia perkatakan pasti akan Dia genapi.


Oleh itu berpeganglah pada janji Tuhan sewaktu kita menjalani perjalanan hidup hidup ini, dengan Tuhan hati kita pasti akan aman.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap syukur atas janjiMu kepada hidup saya bahawa Engkau akan menjaga saya dan memperhatikan hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page