top of page

Tuhan Turut Campur Tangan Dalam Segala Sesuatu yang Berlaku

God’s Intervention in All Things


Teks

Hakim-Hakim 14:1-4 (BM)

Pada suatu hari Simson pergi ke Timna, lalu di sana dia nampak seorang gadis Filistin. Simson pulang ke rumah lalu memberitahu ibu bapanya. Katanya, "Saya tertarik kepada seorang gadis Filistin. Pinanglah dia untuk saya. Saya hendak mengahwininya." Tetapi ibu bapa Simson berkata kepadanya, "Mengapa engkau harus memilih isteri di kalangan orang Filistin, sedangkan mereka tidak tergolong umat Allah? Tidak dapatkah engkau mencari seorang gadis daripada puak kita sendiri, atau di kalangan seluruh bangsa kita?" Simson menjawab bapanya, "Gadis Filistin itulah yang saya suka. Saya mahu ayah meminang dia untuk saya." Ibu bapa Simson tidak tahu bahawa TUHAN yang menyebabkan Simson melakukan hal itu, kerana TUHAN sedang mencari peluang untuk memerangi orang Filistin. Pada waktu itu orang Filistin menguasai umat Israel.


Pengajaran/Refleksi

  1. TUHAN menggunakan keluarga Simson untuk melaksanakan kehendak-Nya, iaitu untuk memerangi orang Filistin sebagai musuh umat-Nya.

  2. Kita tidak tahu rencana TUHAN dalam kehidupan pribadi dan keluarga kita. Semua yang terjadi adalah untuk melaksanakan kehendak-Nya untuk kemuliaan nama-Nya.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar dan meneguhkan kami. Kiranya TUHAN memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Berkati kami dengan berkelimpahan. Haleluyah dan Amin.


Rev. Ali Langgit

Comentários


bottom of page