top of page

Tujuan Kelahiran Yesus Didunia Ini


“...Maria akan melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu harus engkau namakan Yesus, kerana Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka...” Matius 1:21


Sewaktu Yusuf mengetahui bahawa Maria sedang mengandung maka dia dengan secara diam-diam merencanakan untuk memutuskan pertunangannya dengan Maria. Oleh sebab dia adalah seorang yang baik hati dan hidup benar dihadapan Tuhan, maka dia tidak mahu mempermalukan Maria di depan umum.


Sementara Yusuf memikirkan rencananya untuk memutuskan pertunangannya dengan Maria, maka dia pun tertidur dan bermimpi lalu melihat malaikat Tuhan berdiri di sisinya. Malaikat Tuhan itu berkata kepada Yusuf "…hai Yusuf, anak Daud, janganlah kamu ragu-ragu untuk memperistri Maria, karena anak yang ada didalam kandungannya itu adalah daripada Roh Kudus.


Ketika Yusuf terbangun daripada tidurnya, maka dia dengan segera berbuat seperti apa yang diamanatkan oleh malaikat Tuhan kepadanya. Lalu dia mengambil Maria menjadi istrinya. Sebab Anak yang dikandung oleh Maria itu adalah Anak yang akan menyelamatkan umat-Nya dari dosa mereka.


Daripada pemberitaan malaikat Tuhan kepada Yusuf kita tahu tujuan kedatangan Yesus ke dunia ini dengan sangat jelas, bahawa Dia datang ke dunia ini oleh kerana dosa-dosa manusia. Melalui kedatanganNya ke dunia ini, maka dosa-dosa manusia diampuni melalui kematianNya diatas kayu salib. Dia datang dengan sebuah misi untuk menyelamatkan manusia daripada hukuman dosa-dosa mereka.

Dengan itu sewaktu kita merayakan hari Krismas pada hari ini, kita harus ingat bahawa Krismas adalah Yesus datang untuk menyelamatkan manusia daripada hukuman dosa. Oleh itu rayakan hari krismas dengan hati yang bersukacita kerana Yesus datang untuk membawa berita keselamatan bagi semua kita.


Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. Allah mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya. Yohanes 3:16-17


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap syukur kerana kasihMu yang datang untuk menyelamatkan saya daripada hukuman dosa. Dengan itu saya mengucap syukur kerana anugarahMu. Didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie



Comments


bottom of page