top of page

Ujilah Segala Sesuatu Sebelum Kita Percaya


“Saudara-saudara yang kukasihi, jangan percayai setiap roh. Sebaliknya ujilah setiap roh itu sama ada datang daripada Allah kerana terdapat ramai nabi palsu telah menjelajah ke seluruh dunia.” 1 Yohanes 4:1 AVB


Pada masa ini, banyak guru atau nabi palsu muncul seolah-olah mereka berasal daripada Tuhan, namun sebenarnya mereka bukanlah orang yang sungguh-sungguh percaya kepada Tuhan Yesus. Mereka mungkin mengakui diri memiliki Roh Allah, tetapi sebenarnya tidak.


Yohanes memperingatkan orang percaya supaya tidak mudah percaya kepada semua orang yang mengakui diri memiliki Roh Tuhan. Sebaliknya, mereka harus menguji setiap roh untuk memastikan sama ada ia benar-benar berasal daripada Tuhan. Orang yang betul-betul memiliki Roh Tuhan akan mengakui bahawa Yesus ialah Kristus yang telah datang ke dunia sebagai manusia.


Sebaliknya, guru-guru atau nabi-nabi palsu yang ada di dunia ini tidak akan mengakui bahawa Yesuslah Kristus. Oleh itu, sebagai orang percaya, kita harus menguji roh-roh itu terlebih dahulu agar tidak tersesat atau tertipu oleh ajaran palsu.


Mengajar diri untuk tidak mudah percaya kepada setiap roh, tetapi mengujinya terlebih dahulu, ialah langkah bijak untuk tetap berdiri teguh dalam kebenaran Firman Tuhan. Dengan demikian, kita dapat terhindar daripada pengaruh ajaran sesat dan terus mengikut jalan yang benar.


“Maka kamu akan mengenal kebenaran dan kebenaran akan membebaskanmu.” Yohanes 8:32 AVB


Doa:

Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk memohon bimbingan-Mu. Ajarlah aku untuk mengenal jalan-Mu agar aku tidak terperdaya oleh ajaran-ajaran sesat yang kini muncul di mana-mana. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Commenti


bottom of page