top of page

Ular Tembaga


Selamat Jumaat Agung!


Ini adalah hari yang baik kerana Kristus telah menebus kita dari dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan kita di kayu salib. Dia adalah domba korban di kayu salib. Dia menyucikan rekod kita dengan darah-Nya sendiri! Kita tidak dapat menyelamatkan diri kita sendiri dan kesalahan-kesalahan kita telah memisahkan kita dari Tuhan Yang Maha Suci. Tiada yang kita boleh lakukan untuk membantu diri kita sendiri! Kita ditakdirkan kepada kebinasaan.


Namun Tuhan Yesus Kristus datang ke bumi untuk tujuan ini, untuk disalibkan sebagai korban bagi semua manusia yang akan percaya kepada-Nya. Dia adalah Allah yang datang ke bumi dilahirkan daripada seorang perawan, dilahirkan bukan dari benih manusia tetapi dibentuk secara ajaib di dalam rahim seorang wanita suci.


Dia hidup di bumi tanpa dosa atau ketidaktaatan dan menjadi korban sempurna yang Allah sepakati dengan manusia di kayu salib.


Yohanes menyebutkan ini secara terperinci didalam Yohanes 3: 14-17 "Sebagaimana ular diangkat oleh Musa di gurun, begitulah Anak Manusia akan diangkat supaya semua yang percaya kepada-Nya mendapat hidup yang kekal. Allah begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal. Allah mengutus Anak-Nya ke dunia bukan untuk menghakimi dunia tetapi supaya melalui Dia, dunia ini diselamatkan."

  • ayat 14 merujuk kepada suatu kejadian di Bilangan 21 di mana ular-ular api membunuh ramai orang Israel. Orang-orang itu bertobat dari dosa-dosa mereka dan berseru kepada Allah. Allah berfirman kepada Musa untuk membuat ular api dan meletakkannya di atas sebuah tiang. Sesia­pa yang disengat oleh ular-ular api itu boleh memandang kepada ular tembaga itu dan mereka akan sembuh dari bisul ular-ular api itu (Bilangan 21:6-9).

Sama juga jika anda percaya bahawa Yesus telah mati untuk anda dan mengubah hati anda kepada Tuhan Yesus, semoga anda menerima penyembuhan, pemulihan, dan diselamatkan untuk selama-lamanya. Rujukan : Bilangan 20: 6-9 (AVB) Kemudian TUHAN melepaskan ular-ular berbisa ke tengah-tengah bangsa itu. Ular-ular itu memagut umat itu sehingga banyak rakyat Israel yang mati. 7Maka datanglah bangsa itu kepada Musa dan berkata, “Kami telah berdosa kerana kami berkata-kata melawan TUHAN dan kamu. Berdoalah kepada TUHAN supaya Dia menjauhkan ular-ular ini daripada kami.” Lalu Musa berdoa bagi bangsa itu, 8dan TUHAN berfirman kepada Musa, “Buatlah arca ular berbisa dan letaklah di atas sebatang tiang. Sesiapa pun yang dipagut oleh ular tadi akan tetap hidup kalau dia melihat arca ular itu.” 9Lalu Musa membuat ular tembaga dan meletakkannya di atas sebatang tiang. Jika ada sesiapa yang dipagut oleh ular, dia akan memandang arca ular tembaga dan terus hidup.

Sumber : Facebook Pr Dr Christina Ang

Comments


bottom of page