top of page

Upah atau Ganjaran bagi Orang yang Menolong Umat Tuhan

Hakim-Hakim 1:22, 24-25 (BM)

Suku Efraim dan suku Manasye menyerang kota Betel, yang ketika itu bernama Lus. TUHAN menolong mereka. Pengintip-pengintip yang diutus ke kota itu, berjumpa dengan seorang lelaki yang datang dari kota itu. Mereka berkata kepadanya, "Tolong tunjukkan jalan masuk ke kota ini, dan kami akan memperlakukan kamu dengan baik." Lelaki itu menunjukkan jalan masuk ke kota itu kepada mereka. Kemudian orang daripada suku Efraim dan suku Manasye memasuki kota itu dan membunuh semua penduduknya, kecuali lelaki itu dan keluarganya.


Pengajaran/Refleksi

1. Orang yang membantu atau menolong umat TUHAN pasti akan diberi ganjaran, seperti yang berlaku kepada seorang lelaki yang tidak disebut namanya menunjukkan jalan masuk ke kota Betel.

2. Hasil daripada perbuatannya yang membantu umat TUHAN, lelaki itu dan keluarganya diperlakukan dengan baik oleh umat TUHAN. Semua penduduk di sana dihapuskan, kecuali lelaki itu dan keluarganya.


Sekali lagi TUHAN memperingatkan kita tentang upah atau ganjaran bagi orang yang melakukan kebaikan kepada umat TUHAN. Lakukanlah bahagian kita dan TUHAN akan melakukan bahagian-Nya.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Ajar kami untuk melakukan segala yang baik. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini ya TUHAN. Di dalam dan di atas nama Yesus. Haleluyah dan Amen.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page