Sempena merayakan Hari istimewa untuk semua Wanita sedunia. Saya ingin membawa kita merenungkan tentang penciptaan Hawa ( Kej. 3:20) sebagai wanita pertama yang mewakili banyak wanita hari ini.
Sehingga melalui Hawa, keistimewaan panggilan seorangi wanita merupakan sebuah tugas yg perlu difahami Dan dilaksanakan seperti yang Tuhan mau.
1. Wanita dipanggil sebagai penolong sepadan.
Panggilan sebenar seorang wanita pada awalnya adalah sebagai penolong yang sepadan (Kej. 2:18) dalam menyelenggarakan pekerjaan Tuhan dibumi supaya Taman pertama itu diurus dengan baik.
2. Wanita dipanggil menjadi penakluk Dan lahirkan penakluk dunia.
Wanita walaupun kelihatan lemah, namun dia dipanggil untuk menjadi penakluk musuhnya iaitu si Ular (Kej. 3:15: Wahyu 12:17 ) yang telah menipunya dengan memberikan hak kepemilikan atas berkat yang telah diperuntukkan bagi manusia dari awal kepada iblis. Itulah sebabnya dia harus menggenapi tujuan panggilan itu sebagai penakluk namun juga melahirkan keturunan penakluk-penakluk dunia.
3. Wanita dipanggil tunduk kepada suami. (Ef. 5:22)
Seorang wanita yang telah bernikah harus menjadi pendamping suaminya kerna dia terpanggil utk menjadi teman pewaris perjanjian untuk berkat-berkat ilahi yang dipersiapkn Allah untuk keluarga yang mengasihi-Nya.
Kiranya kita menjadi hawa-hawa rohani yang terus menjadi "ibu segala yang hidup". Mengibui anak² jasmani dan rohani yang dipercayakan Tuhan dalam hidup kita, sehingga lahirlah pahlawan² perkasa ditangan-Nya untuk mengalahkan rancangan jahat musuh atas manusia ciptaan-Nya. Melalui ketundukkan yang benar kepada pasangannya maka kita akan menjadi penakluk-penakluk dunia. haleluYah! Amen.
Pr Linda Misak
Commentaires