Bacaan alkitab: 1 Raja-raja 11-22
Dalam membaca kitab Raja-raja, seseorang dapat rasa menonton beberapa siri drama istana kuno di mana jalan ceritanya berulang- ulang dan penuh dengan kebangkitan dan kejatuhan dinasti yang seterusnya.
Daud adalah seorang yang menyenangkan Tuhan dan dibesarkan untuk menggantikan Raja Saul. Meskipun Daud menjalani kehidupan yang tidak sempurna, dia adalah teladan yang saleh untuk generasi yang akan datang. Pada awalnya, Salomo berkenan kepada Tuhan ketika dia mengikuti teladan ayahnya.
Seterusnya ketika Salomo berpaling dan mengikuti tuhan-tuhan lain, dia membangkitkan murka Tuhan. Sebagaimana Salomo disukai Tuhan kerana Daud, Rehabeam tidak disukai Tuhan kerana ayahnya Salomo (1 Raja-raja 11:10-13). Meskipun pada prinsipnya, generasi penerus tidak perlu bertanggungjawab atas kesalahan generasi sebelumnya, namun cukup jelas di sini bahawa generasi sebelumnya memberi pengaruh ke atas generasi seterusnya dengan akibat yang teruk. Kita telah memperhatikan bahawa perbuatan raja-raja, baik dari Yehuda atau Israel, mempengaruhi kebangkitan atau kejatuhan negara mereka. Selain itu, pengaruh yang diberikan oleh raja-raja ini kepada mereka yang akan datang kemudian dapat dikesan balik secara langsung atau tidak langsung daripada latar belakang keluarga mereka sendiri.
Ungkapan bahasa Cina untuk “bangsa” terdiri daripada dua karakter yang secara harfiah dikenal sebagai “rumah-bangsa” (guojia). Adakah “bangsa” mendahului “rumah” atau sebaliknya? Sejujurnya, kedua-duanya adalah unsur pelengkap kerana mereka selalu wujud bersama. Dalam kitab Raja-raja, cara generasi penerus menanggapi perintah-perintah Tuhan - baik dalam ketaatan atau ketidaktaatan - banyak berkaitan dengan pengaruh yang berasal daripada latar belakang keluarga mereka. Hal ini berlaku untuk raja-raja dan anak lelaki kepada seorang janda di Sarfat - yang menerima bekalan ilahi dan kemudian dibangkitkan dari kematiannya kerana kepercayaan ibunya pada janji-janji Tuhan (1 Raja-raja 17:7-24). Dengan demikian, ikatan dan warisan yang menghubungkan generasi sebelumnya dan seterusnya (agak mirip dengan hubungan ayah-anak, baik secara jasmani atau rohani) adalah yang paling penting jika kita ingin menghormati dan mentaati Firman Tuhan dari generasi ke generasi.
Rev Hiew Yee Onn, NECF
Comments