top of page

Yakin akan Kasih Tuhan


“Kita tahu dan yakin sepenuh hati bahawa Allah mengasihi kita. Allah itu kasih. Sesiapa yang sentiasa mengasihi sesama manusia tetap ada di dalam Allah, dan Allah tetap di dalam dia.” 1 Yohanes 4:16 AVB


Kasih Tuhan menjadi dasar seluruh hidup rohani kita. Setiap orang yang benar-benar mengalami kasih Tuhan dalam hidupnya akan berasa aman dan yakin bahawa Tuhan selalu bersamanya dalam setiap situasi. Kasih Tuhan bukan setakat konsep abstrak, tetapi satu hakikat yang kita alami secara peribadi. Ketika kita hidup dalam kasih-Nya, kita tetap ada di dalam Tuhan dan Tuhan ada di dalam kita.


Kasih Tuhan yang kita alami meyakinkan kita bahawa segala sesuatu yang terjadi dalam hidup kita berada dalam pemeliharaan-Nya. Bahkan di tengah-tengah tentangan dan kesulitan, kita tetap dapat tenang dan tabah, kerana kita tahu bahawa Tuhan mengasihi kita tanpa syarat. Kita boleh mempercayakan hidup kita sepenuhnya kepada Tuhan, kerana kasih-Nya yang sungguh besar dan tak terbatas.


Dengan mengenal kasih Tuhan secara peribadi, kita juga dipanggil untuk mencerminkan kasih-Nya kepada orang lain. Kasih yang kita terima daripada Tuhan bukanlah untuk disimpan sendiri, tetapi untuk dikongsi kepada sesama, sebagai bukti kita hidup dalam kasih-Nya.


Doa:

Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu dengan penuh syukur atas kasih-Mu yang tidak pernah berkesudahan. Terima kasih kerana memberi aku hidup yang berlimpah-limpah dan pengharapan abadi melalui kasih-Mu. Ajarlah aku untuk terus hidup dalam kasih-Mu dan menjadi saluran kasih-Mu bagi orang lain. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page