“…Engkau menghendaki ketulusan hati; penuhkanlah batinku dengan kebijaksanaan-Mu.…” Mazmur 51:8
Pemazmur berkata kepada kita bahawa yang dikehendaki oleh Tuhan daripada pemazmur adalah “..Ketulusan hati..”, mengapa Tuhan menuntut ketulusan hati daripada pemazmur? Sebab ketulusan hati merupakan tanda penyerahan yang sejati.
Oleh itu “..Ketulusan hati..” merujuk kepada penyerahan yang sungguh-sungguh kepada Tuhan, tanpa ada kepura-pura didalam hati. Dimana seseorang itu melakukan sesuatu dengan hati yang jujur atau suci.
Hal ini berkata tentang pertobatan pemazmur daripada dosa-dosanya yang sungguh-sungguh tanpa berpuru-pura. Dimana dia telah berzina dengan Batsyeba dan merancang pembunuhan Uria. Walaupun orang lain tidak mengetahuinya tetapi oleh kerana penderitaan yang dia alami maka dia bertobat dengan mengakui dosa-dosanya.
Pertobatan perlu dilakukan dengan hati yang “..tulus..” pemazmur bertobat daripada dosa-dosanya dengan sungguh-sungguh tanpa malu. Dia mengakui semua perbuatannya dihadapan Tuhan.
Ketulusan hati memainkan peranan yang sangat penting dalam pertobatan sesorang yang menyesal daripada perbuatannya. Dia sesungguhnya mengakui dosa-dosanya kepada Tuhan bahawa dia telah berdosa.
Bertobat bermaksud berbalik daripada kegelapan dan kembali kepada terang, dimana dia berubah daripada hidup lamanya kepada hidup yang baru, dia berbalik dan kembali kepada Tuhan dengan hati yang sungguh-sungguh.
Oleh itu binalah hati yang sungguh-sungguh tulus sebab ini hati yang Tuhan kehendaki
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon daripadaMu hati yang bersih dan suci, bersihkanlah dari segala kejahatan. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments