"…Kerana pada masa kita bersatu dengan Kristus Yesus, bersunat atau tidak bersunat tidaklah menjadi soal. Yang penting hanyalah kepercayaan kepada Kristus, dan hal itu nyata dalam kasih kita kepada orang lain.....” Galatia 5:6
Paulus memperingatkan jemaah yang ada di Galatia bahawa hal yang terpenting bukanlah soal tentang seorang itu telah bersunat atau tidak bersunat. Tetapi hal yang terpenting adalah apabila seorang itu berada dalam Kristus Yesus, maka mereka haruslah hidup saling mengasihi satu yang lain dengan saudara-saudari yang seiman oleh karena mereka sudah percaya penuh kepada Kristus.
Dengan itu bagi kita yang sudah bersatu didalam Kristus soal sudah bersunat atau tidak bersunat bukan lagi yang terpenting dengan kata lain, tidak ada perbezaan diantara orang yang sudah disunat atau orang yang tidak disunat. Tetapi yang terpenting adalah kita saling mengasihi satu yang lain.
Oleh itu janganlah kita membezakan satu yang lain berdasar pada perkara-perkara lahiriah tetapi kita harus mengamalkan kasih diantara satu yang lain.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon kasih anugarahMu, bentulah saya untuk menjadi hambaMu yang sentiasa mengamalkan kasih,. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comentarios