“..Apabila wain sudah habis, ibu Yesus berkata kepada Yesus, “Mereka kehabisan wain.” Yoh 2:3
Yesus dengan pengikut-pengikut-Nya berada didalam pesta perkahwinan itu oleh kerana diundang tuan pesta perkahwinan. Sewaktu pesta perkahwinan berlangsung terjadinya kehabisan air anggur.
Melihat hal itu maka ibu Yesus iaitu Maria dengan segara datang kepada Yesus dengan berkata “....mereka kehabisan anggur...". mungkin kita berfikir mengapa ibu Yesus dengan serta merta datang kepada Yesus mengadu masalah yang timbul.
Sebagaimana yang dikatakan oleh Alkitab bahawa ibu Yesus memang mengenal siapa Yesus yang sebenar
anya. Dia tahu Yesus adalah Tuhan, sebab pemberitaan malaikat Gibrial tentang kelahiranNya. Dengan itu Maria dengan tanpa ragu membawa masalah yang timbul kepada Yesus.
Dia yakin bahawa Yesus boleh menyelasaikan masalah yang ada, dia percaya bahawa Yesus boleh menolong mereka untuk menyelasaikan masalah yang ada. Dengan itu Maria berkata kepada pelayan-pelayan pesta perkahwinan untuk ikut apa yang Yesus perintahkan kepada mereka.
Oleh ke
rana kehadiran Yesus dan campurtanganNya terhadap masalah yang timbul maka yang terbaik dinikmati sepanjang pesta perkahwinan. Persolananya bagi kita hari ini “...dimanakah anda membawa setiap masalah yang timbul sepanjang perjalanan hidup anda hari ini?
Marilah kita bawa setiap masalah yang kita lihat kepada Yesus dengan membiarkan Tuhan Yesus membimbing kita untuk lakukannya. Pasti yang jawaban yang terbaik kita akan terima daripada Yesus.
Doa: Bapa yang di surga, saya berterima kasih kerana menjadi tempat bagi saya membawa segala pergumulan didalam kehidupan saya, Yesuslah jawaban yang terbaik bagi setiap masalah yang timbul dalam hidup ini, dalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
コメント