top of page

Yesus Memenuhi Keperluan Jasmani


“..Tiap-tiap orang makan sehingga kenyang. Selepas itu pengikut-pengikut-Nya mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul.” Matius 14:20


Setelah hari sudah hampir malam, Yesus menyuruh pengikut-pengikutNya untuk mendapatkan makanan untuk orang banyak makan. Pengikut-pengikut Yesus mendapat, “hanya lima ketul roti dan dua ekor ikan!”


Lalu Yesus mengambilkan “lima ketul roti dan dua ekor ikan!” Kemudian Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur kepada Allah. Setelah itu Dia pun membahagikan roti itu dan menyerahkannya kepada pengikut-pengikut-Nya supaya diberikan kepada orang ramai itu.


Lalu setiap orang makan sehingga kenyang, namun makanan itu tidak habis dan pengikut-pengikut-Nya mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul.


Yesus tahu keperluan orang banyak, walaupun mereka tidak memberitahu diriNya bahawa mereka perlu makanan untuk dimakan. Namun Yesus tahu apa yang mereka perlukan. Dia memberi kepada mereka lebih daripada apa yang mereka perlukan.


Hal ini berkata kepada kita bahawa Yesus sentiasa menyediakan segala keperluan jasmani kita, sebab Dia tahu apa yang kita perlukan. Oleh itu bersandarlah padaNya untuk pertolongan dan bimbingan.


Tuhan Memberkati! Pr Patrick Taie


Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page