top of page

Yesus Menghampiri PengikutNya


“..Antara pukul tiga dan enam pagi, Yesus berjalan di atas air dan menghampiri mereka.......” Matius 14:25


Sewaktu perahu pengikut-pengikut Yesus sudah berada di tengah-tengah tasik, hari pun sudah malam. Angin juga mulai bertiup dengan kencang dan air tasik mulai berglora sehingga perahu pengikut-pengikut Yesus didalam kesukaran.


Namun Yesus masih lagi berada diatas bukit berdoa bersendirian. Sewaktu pengikut-pengikut Yesus susah payah berkayuh oleh kerana dipukul oleh ombak, dan angin yang bertiup berlawanan arah dengan perahu mereka.


Didalam keadaan perahu pengikut-pengikut Yesus didalam kesukaran, maka Yesus pun datang berjalan di atas air untuk menolong mereka, kerana Dia tahu kesukaran mereka. Melihat Yesus datang berjalan atas air, pengikutNya merasa ketakutan dan menjerit “Hantu!”


Menurut anggapan orang Israel laut atau danau merupakan teritorial kuasa yang jahat. Oleh itu apabila mereka berada di tasik pada malam hari dan air tasik mulai berombang-ambik, hal ini akan membuat mereka ketakutan. Sebab hal ini seperti berhadapan dengan kuasa jahat.


Namun apa yang sangat penting bagi kita pada hari ini adalah Yesus melihat kesukaran kita dan akan datang menghampiri kita untuk menolong kita, seperti mana Dia datang menghampiri perahu pengikut-pengikutNya untuk menolong mereka.


Didalam setiap kesusahan yang kita hadapi, Yesus tahu dan Dia siap untuk menolong kita dan melepaskan kita.


Tuhan Memberkati! Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page