top of page

Zon Keselesaan



Matius 7:14-19 (AVB)

14 Setelah Yesus dan ketiga-tiga orang murid-Nya itu kembali kepada orang ramai, seorang lelaki datang berlutut di hadapan-Nya. 15 Lelaki itu berkata, "Tuhan, kasihanilah anakku! Dia menghidap sakit gila babi dan penyakitnya sungguh teruk. Sering kali dia terjatuh ke dalam air atau api. 16 Aku sudah pun membawanya kepada murid-murid-Mu, tetapi mereka tidak dapat menyembuhkannya."

17 Yesus menjawab, "Hai angkatan yang tidak percaya dan sesat ini. Berapa lama lagikah Aku mesti ada bersamamu? Berapa lama lagikah Aku mesti bersabar denganmu? Bawa anak itu ke sini!" 18 Yesus mengherdik roh iblis itu. Roh iblis itu pun keluar daripada anak itu lalu dia sembuh serta-merta.

19 Para murid Yesus mendapatkan-Nya dan bertanya ketika tiada orang lain di situ, "Mengapa kami tidak dapat menghalau roh iblis itu?"


Di dalam Matius 17:1-13, adalah peristiwa, Yesus dimuliakan di gunung, bersama dengan Petrus, Yakobus dan Yohanes. Dan apabila mereka kembali kepada orang ramai, seorang lelaki berlutut di hadapan Yesus.


Dia berkata "Tuhan, kasihanilah anakku ! Dia menghidap sakit gila babi dan penyakitnya sangat teruk". Dia telah membawa anaknya kepada murid-murid Yesus, tetapi mereka tidak dapat menyembuhkannya.


Murid-murid Yesus telah melakukan apa yang mereka tahu, tetapi gagal. Mereka berada di luar zone keselesaan mereka. Mungkin, mereka pernah melihat Yesus menghalau roh iblis. Tetapi kali ini, mereka tidak dapat melakukannya.


Apabila Yesus mengherdik roh iblis dan roh iblis tersebut keluar daripada anak itu lalu dia sembuh serta-merta.


Apabila tiada orang lain di situ, para murid Yesus bertanya kepada Yesus, mengapa mereka tidak boleh menghalau roh iblis?


Mengapakah mereka tidak boleh melakukannya? Hari esok kita akan lihat jawaban Yesus kepada mereka.


Elder Ann WK

Comments


bottom of page